Cuma enam hari yang lepas aku mengarang 'let it rain'. Kini aku berada di dalam bilik 312 atas kapal kecil Ajang Haidah. Sedap kan nama kapal ni? Kenapa cepat sangat rasa rindu. Dan menjurus ke arah ingin menangis. Aku memilih untuk mendengar lagu gembira. Lagu-lagu yang kedengaran tiap kali aku menaiki WCC dulu. Lily Allen, dan juga Letto. Lagu 'Radio' dari Regina Spektor juga menjadi lagu tema ketika sedang hangat bercinta dulu. Kini, aku seorang diri meneruskan hubungan aku dengan Regina. Aku ada album baru dan juga album lama beliau. Best juga. Spunky and unique. Satu paket Roselle kering sudah aku habiskan. Gara-gara aku mabuk malam semalam. Aku tidak mandi, atau pun berus gigi. Aku cuma mampu menyondol muka aku ke dalam bantal sambil menghidu bau-bau yang menyenangkan dari sweater dark brown yang aku pinjam dari dia. Mabuk laut ialah perkara yang aku paling tak boleh terima dalam hidup. Duduk offshore di atas pelantar macam kacang je kalau mahu dibandingkan dengan tinggal di atas boat.
Yang penting hari ini aku dapat mengirim pesanan ringkas melalui YM dan bertanyakan pada diri nya.
Awak happy tak hari ini?
3 comments:
u r so in love babe!
uhuk2 muntah sedikit. maaf. hahaha
oi tisha pon mabuk laut ke.
kin, mkn la pil mabuk laut tu. ke tak jln gak?
tsha : ye and i hope he is too.
ana : tsha mengade2 la tu. pil mabuk laut cume buat kte tdo. aku tak mkn pil tu.
Post a Comment