Wednesday, December 09, 2009

Cue : Exit


Fahamkah engkau kenapa aku berasa sedih, jauh di sini. Di tengah-tengah lautan coklat kelabu, aku sentiasa ingat pada kau. Bila kau tiada, aku beralih perhatian kepada perkara-perkara duniawi yang lain.

Manusia lain. Mereka bermain bahasa isyarat dengan diri ku. Apa yang perlu aku balas? Atau tidak. Perasaan teruja ini, sekiranya dilayan, boleh kah membuat hatiku lupakan diri kau? Duduk diam-diam, seorang diri sahaja. Aku tetap tunggu kau. Tetapi kau tidak perasan. Walaupun diri ku jauh, tetapi kadang-kadang aku rasa kau sendiri yang sengaja membuat jarak kita ini menjadi alasan.

Kau bosan kan, sebenarnya? Atau aku ini sudah membosankan. Sehingga kau boleh terlupa akan diri ku buat sejenak.