
Ruang legar udara segar, aka tempat bersalam di pagi Raya (di rumah lama)
Pada asal nya, Atok merasa sedih bila KTM memaksa dia untuk berpindah ke tanah lain. Masa itu sangat sedih membayangkan Atok, di usia tua, terpaksa berhadapan dengan perubahan yang besar. Penukaran tempat tinggal, yang melibatkan rutin seharian Atok. Dah tak ada lori sayur untuk di sapa di waktu pagi, atau orang-orang kampung yang lalu lalang di waktu petang. Bagi aku, itu lah titik permulaan di mana Atok dan kebahagiaan mental nya tidak akan sama seperti dulu. At a golden age of 86, I think it is close to cruelty.

Ini tempat kegemaran aku dan sepupu-sepupu ku! Verandah ke? Mungkin satu ketika dahulu ia verandah. Tapi bagi kami cucu-cucu Atok, ini la landasan berlari paling best di dalam rumah kayu Atok. Rumah atok bersebelahan dengan landasan keretapi. Tiap kali mendengar bunyi horn keretapi, kami akan berlari (intentionally with force) dari hujung ruang tamu ke hujung tingkap, untuk melambai keretapi. Ape punye perangai lah. Atok tidak pernah sesekali memarahi kami. Melainkan aku yang suka sakat anak ayam Atok, dan menapau anak ayam untuk di bawa pulang ke KL. Tapi akhirnya, anak ayam itu pasti mati juga kerana diasingkan dari environment semula jadi nya.
Ini sudut katil Atok di rumah lama. Best sangat. Aku selalu suka tido kat sini. Atok letih halau aku sambil cakap , "Atok nak tido da ni.." haha..saba yo lah Atok eh. Kita boleh je kongsi katil ni tok, masa tu saya kocik yo. Atok suka bantal busuk yang kami bawak pulang dari Taiwan. Warna merah, dengan polka-dots hitam. Cute sangat Atok pon ade bantal busuk. Pada hari Atok masuk Wad di Hospital Tampin, Atok tidak lupa untuk membawa bantal itu bersama.
Ini lah Atok. Sentiasa menjenguk, menunggu cucu dan anak-anaknya pulang ke kampung. Atok sangat manja. Dia tidak seperti Encik (atok) belah Melaka. Sekarang satu pon aku tak ada. Baik Atok mahupun Encik.
Atok I will miss you so much. Kenapa Atok kurus sangat?
Tak apa lah Atok, kurus ke gemok ke, yang penting Atok sudah menyahut panggilan Illahi. InsyaAllah Atok akan berjumpa dgn Nenek di sana. Saya akan selitkan doa khas untuk Atok tiap kali mlm jumaat menjelma..
Al-Fatihah.


5 comments:
oh kakak! i het uuu.. kenapa bwt entry ni ? sy lg sedih sedih sedihhh blk. btol la. atok mcm sgt shocked ble kne pindah. sjak pindah, atok slalu sakit. raya thn 2010 kt kendong adalah yg pertama & terakhir utk atok. sedihhhhhh.. *nk sambung teresak² dlm blk asip*
:((
Oh along!!! Minta maaf kerana membuat awk memagis sedih..sekurang2nya akak capture apa y akak rasa pd saat itu. Kopam dah bilik asip klo asek nages di situuu =p
oh shikin.. aku nangis baca entry ko.
huhu sorry mummy hana..tetapi pada saat itu mmg terasa kesedihan di dlm hati. lebaran thn ini pasti sedih jugak.
At a golden age of 86, I think it is close to cruelty. sangat setuju dengan ayat ini,sangat sangat sangat
Post a Comment